Sunday, 14 August 2016

SEMINAR PENDIDIKAN GURU TINGKATAN 6 2016

SEMINAR PENDIDIKAN GURU-GURU TINGKATAN 6 PULAU PINANG 2016

 
Tarikh:  13 Ogos 2016
Tempat : Institut Perguruan Tuanku Bainun
 
 
sekitar Seminar Pendidikan Guru-guru Tingkatan 6
di IPG Tuanku Bainun 2016
 
 
 
Venue:
 
1. Dewan Kirby (Bidang Kemanusiaan)
2. Dewan Hamdan ( Bidang Sains)
 
Tajuk Pembentangan di Dewan Kirby:
 
1. Kecekapan Membina Jadual Dan Geraf Serta Penggunaan Limit Masa Sewaktu Menjawab Soalan Kertas 2 Pengajian Am STPM oleh Puan Sarimah binti Abu Bakar dari SMK (P) St. George.
 
2. "Teknik Tapak Ruang" Bagi Meningkatkan Kemahiran Menjawab Sejarah Islam (940/2) Tahun 2015 oleh Puan Suriyani binti Lamin dari SMK Sungai Ara.
 
3. Kajian Tindakan IKTHH + ANM SKD Untuk Meningkatkan Kemahiran Penulisan Karangan oleh Encik Azman bin Ismail dari SMK (L) Methodist.
 
 
Tajuk Pembentangan di Dewan Hamdan:
 
1. Action Study of Learning Chemistry Through Metacognitive Tree Map oleh Puan Lee Hui Chin dari SMK (L) Methodist.
 
2. To Design a Model Lesson Plan of the Effectiveness of the Japanese Lesson Study Approach in Building a Professional Learning Community of Form Six Chemistry Teachers in SMJK Chung Ling Pulau Pinang.







Antara wakil guru tingkatan 6 SMKA Al-Irshad yang hadir. Turut hadir ialah:
Encik Zulfikri bin Hj. Hassan, Puan Asmah binti Othman, Puan Azizah binti Abdul Manaf, Puan Faizah binti Hj. Bakar dan Cik Fauziah binti Ishak.
 
 
 
 
 
 

Yang berbahagia Dr. Haji Nazari  bin Yaakob menyampaikan ucapan aluan dan merasmikan pembukaan
Seminar Pendidikan Guru-guru Tingkatan 6
Pulau Pinang 2016
 
Beliau menyokong tindakan guru-guru dan JPN yang berusaha untuk berubah (paradigm shift) ke suatu tahap yang lebih tinggi. Beliau juga berbangga dan kagum dengan usaha menjalankan kajian dan membentang untuk dikongsi bersama oleh warga tingkatan 6 seluruh Pulau Pinang. Guru-guru tingkatan 6 pula harus jadi contoh dan idola kepada para pelajar. Disamping itu, guru-guru berperanan untuk menyediakan para pelajar dengan pengetahuan untuk mereka menghadapi suasana pengajian di universiti kelak. Akhir sekali beliau berharap guru-guru akan menjadi tunggak untuk mentransformasikan pendidikan tingkatan 6 ke suatu tahap yang menbanggakan.
 
 
 

Puan Suriyani binti Lamin dari SMK Sungai Ara menyampaikan kertas kajian bertajuk
"Menaakul Menggunakan Kaedah Tapak Ruang Untuk Meningkatkan Kemahiran Menjawab Sejarah Islam (940/2) Kelas 6 Atas 2 
 
Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei Sejarah Islam STPM (940/2)
 
 
 
 

Encik Azman bin Ismail dari SMK (L) Methodist membentangkan kertas kajian bertajuk "Kaedah IKTHH+ANM SKD Untuk Meningkatkan Kemahiran Penulisan Karangan.
 
Kajian ini berfokuskan pelajar Tingkatan 6 Bawah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dan kekangan yang dihadapi dalam penulisan karangan tidak berformat.





Encik Mohd Jamil bin Mohamed, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah 
dan Pegawai-pegawai dari JPN hadir ke Majlis Penutupan Seminar Pendidikan Guru-guru Tingkatan 6 Pulau Pinang 2016
 
 
 
 

Encik Mohamad Jamil dalam ucapannya menyatakan bahawa guru-guru tingkatan 6 beruntung kerana mendapat jawatan khas Guru Akademik Tingkatan 6 kerana naik gred melalui "Fast-Track". Beliau seterusnya berharap guru-guru tingkatan 6 akan berusaha untuk meningkatkan keberhasilan pelajar dan diri sendiri. Beliau juga berharap sekolah-sekolah tingkatan 6 di Pulau Pinang harus 'transform' untuk memartabat dan memperkasakan pendidikan tingkatan 6.
 
 
 
 

Encik Mohd Rosli bin Saidin mewakili guru-guru Tingkatan 6 SMKA Al-Irshad untuk menerima sijil-sijil penyertaan.
                                                            

Suatu bukti komitmen guru-guru tingkatan 6
di Pulau Pinang!
 

No comments:

Post a Comment