Thursday, 18 August 2016

PENYELARAS TINGKATAN 6 AKHIRNYA RASMI MENJADI PENOLONG KANAN TINGKATAN 6

Suatu Jawatan Pentadbiran di dalam Kementerian Pendidikan yang statusnya kurang difahami

                Saya ingin membawa perhatian guru-guru sekelian yang jawatan Penolong Kanan Tingkatan 6 ini adalah suatu jawatan pentadbiran. Ianya bermula dengan gred DG44 Hakiki. Untuk dinaikkan ke gred DG48 Hakiki, sekolah mesti mempunyai sekurang-kurangnya 10 kelas tingkatan 6. PK Tungkatan 6 boleh dinaikkan ke DG48 tetapi statusnya KUP sahaja. Beliau boleh terus memegang jawatan tersebut kerana gred yang diperolehi adalah gred KUP (Khas Untuk Penyandang).

               Untuk pengetahuan umum, PK Tingkatan 6 ini kedudukan perjawatan pentadbirannya ialah selepas Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran. Tetapi kebanyakan sekolah meletakkan statusnya selepas PK Ko-kurikulum. Ini adalah satu-satunya perjawatan pentadbiran tanpa elaun komitmen pentadbiran. Tidak ada siapa pun yang arif tentang ini.

               Sebelum dilantik dengan rasminya sebagai Penolong Kanan Tingkatan 6 oleh Kementerian Pendidikan, seseorang PK Tingkatan 6 (yang dilantik oleh sekolah) hanya boleh disebut sebagai Penyelaras Tingkatan 6. Sebaik sahaja dilantik dengan rasminya sebagai Penolong Kanan Tingkatan 6 beliau mempunyai empowerment untuk mengesahkan sesuatu dokumen guru-guru tingkatan 6 yang berjawatan GAT6 (Guru Akademik Tingkatan 6) dan para pelajar tigkatan 6 jika ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran.




Surat perlantikan/penempatan dari Kementerian Pendidikan Malysia
Bahagian Pendidikan Islam setelah menjalankan tugas sebagai Penyelaras Tingkatan 6
sejak Januari 2010.



1 comment: