Wednesday 30 September 2015

SEMINAR PENDIDIKAN TINGKATAN 6 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2015

 
 
DI SEKITAR
SEMINAR PENDIDIKAN BAGI
PK DAN GURU-GURU TINGKATAN 6 2015
 
Tarikh:  30 September 2015
Tempat:  Auditorium Murad Mohd Noor
                 Blok C, sains@USM
                 Persiaran Bukit Jambul, Bayan Lepas
Masa:       8.30 pagi hingga 4.30 petang

Di antara isu-isu yang disentuh:

* peningkatan kualiti perkhidmatan pendidikan yang terkini (current) untuk pengurusan pentadbiran sekolah
* memastikan pimpinan sekolah mempunyai daya kepimpinan yang berkualiti tinggi atau kompeten
* memartabatkan profesion perguruan sebagai profesion pilihan
* guru-guru perlu meningkatkan pengetahuan terkini tentang pendidikan supaya relevan dengan masa
* ubah imej Tingkatan 6 supaya menjadi pilihan yang popular di kalangan lepasan SPM
* menyarankan BPG supaya memberi latihan yang sesuai kepada guru-guru tingkatan 6
* menganjurkan seminar dan kolokium merentas semua subjek dari masa ke semasa
* penubuhan UPTE (Unit Pengurusan Tingkatan Enam) untuk menguruskan ehwal tingkatan 6 di sekolah-sekolah harian
* BPI (Bahagian Pendidikan Islam) dianjurkan bergerak bersama BPSH (Bahagian Pendidikan Sekolah Harian)
* mengatasi masalah guru-guru tingkatan 6 kekurangan bahan-bahan PdP oleh BPSH dengan menghasilkan modul-modul pelbagai subjek untuk membantu guru-guru tingkatan mengajar dengan lebih baik dan berkesan
* SOP (Standard Operating Procedure) yang baru akan digariskan untuk pengurusan tingkatan 6 dalam pelbagai aspek
* PdP tingkatan 6 menggunakan kaedah andragogy (education practice for adults) yang perlu dikuasai oleh guru-guru untuk memenangi jiwa pelajar-pelajar pra-university
* penambahbaikan sedang dilakukan terhadap silibus tingkatan 6




En. Mohd Jamil bin Mohamed
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Pulau Pinang
menyampaikan ucapan aluan kepada peserta
 
  
 

Tuan Hj. Mohd Zaini dari Majlis Peperiksaan Malaysia
sedang menyampaikan ceramah beliau




Puan Yasmin sedang menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj. Mohd Zaini
dari Majlis Peperiksaan Malaysia
 
 
 

perbandingan di antara sistem pendidikan di Malaysia dan Eropah
 
 

 

Guru-guru Tingkatan 6 sedang mendengar
penyampaian dari penceramah
 
 
 
guru-guru begitu khusyuk mendengar
ceramah
 
 
 
Pensyarah dari Fakulti Seni Halus USM, Dr. Shahrul Anuar sedang
menyampaikan ceramah beliau
 
 
 
 
penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh
Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Encik Yeoh Kok Kheng
 
 
 
 
 
Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang sedang membuat ucapan penutupan seminar
 
 
 
 
 
 


KARNIVAL SUKAN TINGKATAN 6 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2015

KARNIVAL SUKAN TINGKATAN 6
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2015
 
Tarikh:  29 Oktober 2015
Acara danTempat:
a) Futsal          -   Safira Futsal Spots Planet
b) Bowling       -  Megalane Megamall Penang
c) Bola Jaring  -  Pusat Kecemerlangan Sukan Westland
d) Bola Tampar Lelaki  -  SMJK Jit Sin
e)  Bola Tampar Perempuan  -  SMJK Chung Ling
                                                      Butterworth
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
 
Pelajar-pelajar terlibat:
 
Semua pelajar-pelajar 6AF dan 6AR
 
Guru-guru terlibat:
 
Semua Guru-guru Akademik Tingkatan 6 (GTA6)

 
 
bersedia untuk bertindak...bola tampar lelaki di SMJK Jit Sin
 
 
 
Cikgu Norhayatie dengan pasukan bola tamparnya di SMJK Chung Ling
 
 
 
bintang-bintang bowling kita bersama Ustazah Faizah di Megalane Megamall
 
 
 
Ustazah Azizah Abdul Manaf bersama-sama pasukan bola jarring
SMKA AL-IRSHAD di Pusat Kecemerlangan Sukan Westland
 
 
 
 
 
 


PERJUMPAAN GURU-GURU TINGKATAN 6 BAGI SUBJEK SEJARAH, GEOGRAFI DAN BAHASA MELAYU

 

PEMBINAAN MODUL-MODUL FOKUS SOALAN BAGI SUBJEK SEJARAH, GEOGRAFI DAN BAHASA MELAYU

Tarikh:   28 September 2015

Tempat:  PERDA Mid-Town, Kubang Menerung,
                Tasek Gelugor,
Pulau Pinang

Masa:     8.00 pagi hingga 5.00 petang

Laporan bagi subjek Sejarah
 
Bengkel diketuai oleh Puan Sakinah

Kehadiran:  38 orang guru

 
Aturcara:
 
* Ucapan Puan Sakinah menyatakan tentang tujuan bengkel diadakan
 
* Ucapan Wakil JPN, En. Mohd. Zaki
   - bengkel ini berpusatkan pedagogi
   - menyeru supaya ilmu yang diperolehi akan dikongsi bersama rakan-rakan guru
   - ilmu perlu diterjemahkan di dalam penyampaian PdP
   - elemen KBAT perlu diterapkan di dalam PdP
 
* Ucapan Ketua Sektor Akademik JPN Pulau Pinang, Dr Nazri
   - menyatakan bahawa nilai membentuk sikap
   - mengajukan persoalan; Adakah pembelajaran berlaku apabila pengajaran dijalankan
   - menyeru supaya guru-guru mempelbagaikan atau merencam kaedah PdP di dalam kelas
   - guru perlu mengenali pelajar dengan lebih dekat untuk penyelesaian masalah
   - libatkan pelajar di dalam PdP (get the students engaged)

SMKA AL-IRSHAD diwakili oleh PK Tingkatan 6 oleh kerana Guru subjek Sejarah, Cik Fauziah sedang menunaikan fardhu Haji.

 
 

          Ketua Sektor Akademik JPN Pulau Pinang, Dr Nazri
           sedang menyampaikan ucapan perasmian
 
 
 
salah seorang dari JU Sejarah
Pulau Pinang
 
 
 
berbincang untuk membina modul sejarah
Penggal III - Sejarah Asia
 
 
berusaha membina modul yang berkualiti
 
 
rancak berbincang untuk pembinaan modul
Penggal I - Sejarah Dunia
 
 


Thursday 24 September 2015

KEM JATI DIRI UNGGUL STPM 2015




PELAJAR-PELAJAR 6 AL-FARABI BERKAMPUNG
DI PANTAI MERDEKA RESORT
DARI 19 HINGGA 21 SEPTEMBER 2015
 
Tentatif Program
 
 
 
Tuan Pengetua, Tuan Hj. Abdul halim bin Abdul Hamid menyampaikan ucapan perasmian
serta motivasi kepada para pelajar 6 Al-Farabi
 
 
 
 
Ustaz Badaruddin bin Abd Razak dari SMKA Sik, Kedah
Penceramah Syariah bagi slot Pertama
 
 
 
 
Pelajar-pelajar lelaki sedang mengikuti ceramah dan sesi latihan
 
 
 
Puteri-puteri 6 Al-Farabi sedang tekun mengikuti sesi laitihan
 
 
 
Ustaz Zainafi mengambil kesempatan membimbing pelajar-pelajar 6 Ar-Razi
di bilik mensyuarat pada pagi Ahad 20 September.
 
 
 
Pelajar-pelajar 6 Ar-Razi bersama-sama Ustaz Zainafi bergambar selepas perjumpaan
 
 
 
Pengetua SMKA Al-Irshad Tn Hj. Abdul Halim, PK Pentadbiran, Tn. Hj. Mohd. Nor Azli, Ustaz Zainafi (Penceramah Bahasa Arab), Tn. Hj. Shakir (Counselor), Tn. Hj Zulfikri (SU Peperiksaan/GAT6), En. Zulwizaratain (Pegawai Agilent Technologies) bersama-sama pelajar
6 Al-Farabi barbeque di tepi pantai.


Seronok berbarbeque di tepi pantai


Bekerja-sama menyediakan hidangan