Tuesday 31 October 2017

ANALISA PENCAPAIAN MUET TINGKATAN 6 SMKA AL-IRSHAD

Pencapaian MUET sejak 2011



Analisis Pencapaian MUET di SMKA AL-IRSHAD dari tahun 2011 hingga tahun 2017
Analisis bermula dari tahun 2011 di mana pencapaian calon-calon bertumpu kepada Band 2; iaitu 50% dan Band 3; 30%. Hanya seorang calon sahaja yang mendapat band 4. Tiga orang, atau 5% terpaksa berpuas hati dengan Band yang terbawah, iatu Band 1.
Pencapaian dalam tahun 2012 mengalami kemerosotan dari segi kualiti apabila pencapaian Band 2 meningkat kepada 68.7%, manakala jumlah calon yang memperolehi Band 3 merosot kepada 18.7%. Tiada seorang calon pun mendapat Band 4.
Kemerosotan dari segi kualiti berterusan pada tahun 2013 apabila pencapaian Band 2 terus meningkat kepada 74% manakala pencapaian Band 3 menurun lagi kepada 7.4%. Pada masa yang sama, jumlah calon yang mendapat Band 1 meningkat kepada 18.5% iaitu yang tertinggi sejak 2011.
Tahun 2014 hingga 2016 menyaksikan perubahan yang positif apabila pencapaian Band 3 meningkat semula dari 7.4% (tahun 2013) kepada 26.9% (tahun 2014) dan 48.4% (tahun 2015) manakala pencapaian band 2 dan Band 1 menurun beransur-ansur hingga tahun 2015.
Corak pencapaian calon pada tahun 2016 berubah apabila jumlah pencapaian Band 2 dan Band 1 terus menurun. Kualiti pencapaian calon telah meningkat apabila jumlah calon yang mendapat Band 3 menurun kepada 37.1% dan digantikan dengan pencapaian Band 4 sebanyak 18.5 %.Program yang telah membantu pencapaian yang baik pada tahun 2016 ialah Program W.A.L.L. (Web-Assisted Language Learning) yang dimulakan di pertengahan tahun 2013 (tidak sempat membantu calon-calon tahun 2013). Hub pembelajaran W.A.L.L berpengkalan di- :
Analisis Pencapaian MUET pada tahun 2017
Tahun 2017 menyaksikan pencapaian MUET terus meningkat di mana tiada calon mendapat Band 1 dan pencapaian Band 2 terus mengecil jumlahnya iaitu hanya 4 orang (16.6%). Pencapaian pada Band 3 terus meningkat kepada 50%.
Calon-calon yang mencapai Band Tinggi iaitu Band 4 (7 orang) dan Band 5 (1 orang) menyumbang kepada peningkatan dari 18.5% pada tahun 2016 kepada 33.3% tahun ini. Ini adalah peningkatan sebanyak 80%.