Sunday 12 August 2018

KARNIVAL KO-AKADEMIK TINGKATAN 6 2018

KARNIVAL KOAKADEMIK TINGKATAN 6  2018 PERINGKAT NEGERI 
DI KOLEJ TINGKATAN 6 
HAJI ZAINUL ABIDIN

Tarikh: 11 Ogos 2018
Tempat: Kolej Tingkatan 6 Haji Zainul Abidin
Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang

 pelan lokasi bilik-bilik pertandingan



Pasukan Tingkatan 6 SMKA AL-IRSHAD




team sodoku bersama Pengetua KTEHZA




team puisi berirama sedang beraksi




artis-artis karikatur kita




Tuan Hj. Zulfikri bi  Dato' Haji Hassan mewakili
SMKA AL-IRSHAD untuk menerima sijil-sijil
dari Puan Yasmin binti Abd. Rahman dari JPN

Tuesday 7 August 2018

E-MAJALAH TINGKATAN 6 2018

Sebagai institusi yang pertama menghasilkan sesuatu yang baharu, Pentadbiran Tingkatan 6 akan menerbitkan E-Majalah yang Pertama tahun 2018.











Sebuah Refleksi
K
etika masa lalu menjengah kehidupan, usah kita menjauh kerana masa lalu itu sebahagian dari kita. Hitam mana pun ia, ia tetap sebahagian dari kita. Masa lalu boleh menjadi pembunuh masa depan, tapi boleh juga menjadi sebuah kebangkitan.Ia boleh menjadi pembunuh saat sesalnya kita pada masa lalu hingga menyebabkan kita selalu menyalahkan diri sendiri; hingga tiada ruang untuk kembali.
Tapi aku gemar menjadikan masa lalu sebagai sebuah kebangkitan.Menyedari masa lalu adalah sebagai sebuah peringatan dan pengajaran, kini, masa yang sedang dilalui tidak diulangi lagiakan perihal kebodohan yang pernah dilakukan. Namun sebagai insan yang lemah, pernah juga terpesong.
Tuhan. Maafkan aku.
Meletakkan masa lalu sebagai satu titik kebangkitan adalah memahami falsafah pada waktu senja. Betapa merahnya langit ketika matahari mula menyembunyikan dirinya, menjemput kelamnya malam bersama kesunyian; untuk kita bertenang dari kerusuhan hati yang membuak.
Nanti esok mentari akan mula menyinar kembali, maka gunakanlah hari-hari itu dengan semanisnya. Kerana ada kalanya orang yang memiliki masa silam yang buruk menjadi orang yang paling baik di masa depannya!
Semoga esok hari, lahirnya semangat dan harapan baru untuk teruskan perjuangan yang makin goyah dek arus kemodenan yang rakus. Percayalah, kamulah yang mencorak kana pa baiknya mesa depanmu.
Nurul Izzah Darus