Sebagai institusi yang pertama menghasilkan sesuatu yang baharu, Pentadbiran Tingkatan 6 akan menerbitkan E-Majalah yang Pertama tahun 2018.
Sebuah Refleksi
K
|
etika masa lalu menjengah kehidupan,
usah kita menjauh kerana masa lalu itu sebahagian dari kita. Hitam mana pun ia,
ia tetap sebahagian dari kita. Masa lalu boleh menjadi pembunuh masa depan,
tapi boleh juga menjadi sebuah kebangkitan.Ia boleh menjadi pembunuh saat
sesalnya kita pada masa lalu hingga menyebabkan kita selalu menyalahkan diri
sendiri; hingga tiada ruang untuk kembali.
Tapi aku gemar menjadikan masa lalu
sebagai sebuah kebangkitan.Menyedari masa lalu adalah sebagai sebuah peringatan
dan pengajaran, kini, masa yang sedang dilalui tidak diulangi lagiakan perihal
kebodohan yang pernah dilakukan. Namun sebagai insan yang lemah, pernah juga
terpesong.
Tuhan. Maafkan aku.
Meletakkan masa lalu sebagai satu titik
kebangkitan adalah memahami falsafah pada waktu senja. Betapa merahnya langit
ketika matahari mula menyembunyikan dirinya, menjemput kelamnya malam bersama
kesunyian; untuk kita bertenang dari kerusuhan hati yang membuak.
Nanti esok mentari akan mula menyinar
kembali, maka gunakanlah hari-hari itu dengan semanisnya. Kerana ada kalanya
orang yang memiliki masa silam yang buruk menjadi orang yang paling baik di
masa depannya!
Semoga esok hari, lahirnya semangat dan
harapan baru untuk teruskan perjuangan yang makin goyah dek arus kemodenan yang
rakus. Percayalah, kamulah yang mencorak kana pa baiknya mesa depanmu.
Nurul Izzah
Darus
Assalamualaikum sir, knapa gmbar saya ternganga mcm tu sir😢ðŸ˜
ReplyDeleteNgantuk kot. Ada tak gambar yg lain?
ReplyDelete