Monday, 17 August 2015

PERTANDINGAN DRAMA PENGKISAHAN KENEGARAAN 1 MALAYSIA 2015

AKTIVITI KO-AKADEMIK PRA-UNIVERSITI DI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
2015
 
 
 
Pelakon-pelakon drama berbincang dengan
pegawai-pegawai dari Jabatan Penerangan






Tiga pelajar SMKA AL-IRSHAD sedang
menyampaikan persembahan
 
 
 
Lagak tiga sekawan di bilik persalinan
"Hai Raja Kapoor!"
 
 
 
 
Tempat Keempat. SMKA AL-IRSHAD satu-satunya sekolah yang
mengambil bahagian! 
 
 
 
Bangga bergambar bersama-sama jurulatih kami
Cik Sakinah!
 
 
 
 
 

Laporan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia  Peringkat Negeri Pulau Pinang 2015

Pelajar tingkatan 6  Bawah SMKA AL-IRSHAD  telah menyertai Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2015 mewakili Seberang Perai Utara di SMK Pondok Upeh,Balik Pulau . Pertandingan yang diadakan pada hari Sabtu, 15 ogos 2015 disertai seramai 29 orang pelajar tingkatan 6 Bawah dan seorang guru penasihat iaitu Cik Norshakinah binti Abdullah.

Objektif petandingan tersebut adalah untuk mengenali toko-tokoh yang amat berjasa kepada negara, mengisahkan perjuangan mereka, dan menimba pengetahuan tentang sejarah negara.

Kami tiba di Dewan Al-Khawarizmi ,SMK Pondok Upeh ,Balik Pulau  tepat jam 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai Jabatan Penerangan Malaysia. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang syarat-syarat pertandinagan.

Kami mementaskan pengisahan tokoh sastera Malaysia iatu Abdul Rahim Kajai. Pengisahan tokoh ini dilakunkan oleh Mohammad Huzaifah Bin Mohamad Pisal sebagai Abdul Rahim Kajai , Muhamad Irfan Bin Ariff sebagai Encik Muthu dan Malaikat , Muhammad Atif Bin Mohd Nasir sebagai Pak Mat dan Iblis. Kami mendapat giliran yang keempat antara 5 kumpulan yang bertanding . Antara kumpulan yang bertanding ialah Dewan Budaya USM,Jiwa,Kesumba,Institut Perguruan Malaysia Tunku Bainun. Kami tampil dengan nama Irshadians .

Apabila keputusan diumumkan Al-Irshad telah dinobatkan sebagai pemenang  tempat keempat dan membawa pulang wang tunai bernilai RM 1000.00 . Johan telah disandang oleh Dewan Budaya USM, manakala Naib Johan dimenangi oleh kumpulan  Jiwa dan tempat ketiga disandang oleh Institut Perguruan Malaysia Tunku Bainun manakala Kumpulan Kesumba meraih tempat kelima.

Pertandingan tersebut telah membolehkan kami mengenali tokoh-tokoh tanah air.Tokoh-tokoh tersebut telah menjadi sumber inspirasi untuk membina semangat patriotisme di kalangan pelajar mahupun guru.

Ini adalah pertama kali  kami menyertai pertandingan seumpama ini . Kami berharap agar lebih ramai para pelajar khususnya pelajar tinkatan 6  akan menyertai pertandingan ini  pada masa akan datang.

 

Dilaporkan Oleh,                                                                       17 Ogos 2015.

          IrfanAriff

 (MUHAMAD IRFAN BIN ARIFF)

Setiausaha Kelas 6 Ar-Razi,

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad.

“Sekolah Berprestasi Tinggi”


No comments:

Post a Comment