PROJEK SEMINAR PENDIDIKAN
PROJEK 1 EDUCATION MALAYSIA (1 EDUMAS)
Tarikh: 26 Januari 2016
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj. Ahmad Badawi
Adalah sebuah projek di bawah anjuran Jawatankuasa Tindakan Kolej, Kolej Kediaman Kelima Universiti Malaya ini merupakan projek kali kedua yang diadakan pada tahun ini.
Projek yang berorientasikan pendidikan kesukarelawan ini membawa mahasiswa Kolej Kediaman Dayasari menjelajah ke sekolah-sekolah menengah di negeri-negeri yang terpilih di seluruh Malaysia terutamanya di kawasan luar Bandar.
Projek ini dijalankan bagi membantu para pelajar lebih memahami hala tuju selepas Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dengan memberi pendedahan awal kepada pelajar tingkatan 6 yang akan menjejakkan kaki ke menara gading. Selain itu matlamat projek ini juga adalah untuk mengubah persepsi dan tanggapan pelajar yang salah terhadap STPM kepada sebuah peluang terbaik untuk menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi sekaligus mempromosi dan menjadikan Universiti Malaya sebagai pilihan utama kepada semua calon STPM untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda.
Tentatif Aturcara Program
Program 1 EDUMAS dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
En Mohamad Rafie bin Yaakob
Universiti Malaya, destinasi pengajian tinggi yang hebat!
Para pelajar lelaki Pra-U Irshad yang hadir
Antara pelajar perempuan Pra-U Irshad yang hadir
Memperagakan cenderahati dari Universiti Malaya
Mejar Dr Syed Abdul Razak bin Sayed Mahadi, Pengetua Kolej Kelima UM
sedang mengendalikan Slot Pertama, 'Motivasi Dinamika dan Potensi Selepas STPM'
PK Tingkatan 6 SMKA Al-Irshad bergambar bersama Mejar Syed Abdul Razak
dan guru-guru tingkatan 6 SMKA Dato' Hj Ahmad Badawi
No comments:
Post a Comment